Thursday 21 July 2011

Wajarkah penguatkuasa perbandaran berpakaian preman?

Oleh : Kyl Mohammad

Ketika berada di Yik Fong, salah sebuah pusat membeli belah di Ipoh, saya dikejutkan dengan tindakan beberapa orang lelaki yang 'tunjuk kuasa' kepada salah seorang orang awam yang lalu lalang disitu. Saya kemudian menghampiri mereka dan bertanyakan apa yang telah berlaku. 

Terkejut dengan jawapan mereka yang mengaku sebagai penguatkuasa DBI, saya mengambil tindakan menemubual mereka sehingga saya juga disaman atas sebab membuang puntung rokok. Tindakan penguatkuasa perbandaran berpakaian preman ketika bertugas amat tidak wajar kerana dilihat sebagai pemangsa. Perkara ini perlu dipandang serius apatah lagi melibatkan orang awam seperti kita.

Monday 18 July 2011

Thursday 7 July 2011

'that pig'

that 'pig' is an aeon over lifetime...
that pierce its nose...
embracing hell like,
naked girls dancing on the dance floor,
snoring bout democracy out loud...
and loud become music...
and music become irresistibly masocristic...
feel periodic in space...
static...
let the pig walk!
let the pig talk...
couse one day...
we'll be eating that pig... -kyl

Wednesday 6 July 2011

Berterusan Untuk Bebas

Oleh: Amaluddin Zhafir

...Takut adalah salah faham diri sendiri selain malu. Untuk melihat kamu dan mengeluarkan segalanya, adalah fantasi. Bukankah cinta itu buta, menakutkan?

Tidak rugi jika terlewat atau tidak akan lewat kalau rugi dalam hal bercinta. Aku genggam ini seperti kali terakhir aku genggam tangan kamu. Lima tahun dan lelaki kegemaran kamu ini terus menerus menghampakan cita-cita kamu.

Perkahwinan adalah jenaka kepada percintaan. Walaupun aku dah tak mampu melihat wajah kamu, menyentuh tubuh kamu atau menghidu badan kamu, cinta aku takkan hilang. Ianya adalah langkah revolusioner seorang manusia mampu lakukan. Tetapi yang lucunya ialah, ianya tidak memerlukan wang ringgit!

Sedikit keberanian.

Keberanian kita lima tahun dahulu adalah apa yang membentuk kita untuk masa hadapan. Perkahwinan adalah janji, cinta ialah impian sejati.

Sekarang, kita sudah berhenti berhubung. Dua ribu tahun tanpa komunikasi adalah hukuman paling berat untuk kesemua makhluk hidup. Ingatkah lagi cerpen Maupassant berkenaan burung yang sanggup mati bersama kekasihnya?

Jarak adalah ruang, komunikasi adalah masa, dan kita adalah jirim. Ketiga ini asas alam ini.
Cinta tak memerlukan ini.

Minta maaf sebab menjauhkan diri. Takut? Ya. Malu? Ya. Lima tahun sudah kita terlalu bergantung kepada janji. Janji tak mengubah, janji adalah cita-cita. Kesannya memenjarakan perasaan. Kebergantungan padanya adalah kerlipan pudar perasaan yang dibina lima tahun dahulu.

Memilih untuk tidak mengangkat seruan kamu, juga adalah antara perkara yang paling keji pernah kita lakukan. Untuk itu, jika kamu ingin tahu, aku terlalu takut dengan masyarakat. Dalam masa yang sama, aku mahu kita saling kesunyian. Bukankah kesunyian ialah sakit yang paling mengajar?

Tetapi aku belum belajar. Kamu muda, aku juga muda. Dalam bercinta kita takkan tua. Yang tua hanyalah janji. Dan janji boleh diubah. Cinta?

Kali terakhir, aku terlalu marahkan kamu yang mengangkat isu perkahwinan. Gadis Melayu seperti kamu, sudah tentu mahukan harapan perkahwinan. Sekali lagi, aku terpaksa tegaskan (dan aku sangat sakit), aku tak yakin akan perkahwinan. Aku menghormati pasangan yang boleh mempunyai ikatan tanggungjawab. Aku boleh berikan salah satu.

Kau tahu yang mana.

Minta maaf. Lelaki adalah makhluk ego dengan ‘tetapi’ yang banyak.

Aku faham Kecantikan. Masalahnya aku terlalu jahil untuk meletakkan fikiran di dalam jaringan hukum moral. Aku pernah dan aku tenggelam. AKu petik Oscar Wilde di sini: “There is no such thing as moral or immoral.” Tetapi menjauhkan diri dari kamu, bukan bermaksud mempunyai citarasa seksual sepertinya.

Boleh sahaja aku lafazkan “minta maaf” yang melebih-lebih di sini. Ianya tak membawa sebarang makna bila aku tak memahami kehendak kamu.

Ya, aku mahu menjadi lelaki yang berada di sebelah kamu sebelum kamu bangun dari tidur sehingga minuman terakhir yang kita kongsi sebelum ke katil. Perasaan selamat, perkongsian tanpa had. Seperti mahu menarik tangan kamu ke dunia itu. Pintunya terbuka memanggil, kuncinya ialah perasaan kita dan halangannya cuma...

Untuk memanipulasikan agama dan kehendak masyarakat, aku belum.-end

Tuesday 5 July 2011

Oleh: Wahyudi MY

asap-asap rancu menyelinap di antara selirat bunyi-bunyian. membentur pada deretan etalase yang memantulkan orok jingga di ufuk timur. daun-daun kering berhamburan di emperan. Sepanjang mozek-mozek kusam yang terpajang. Sepanjang debu-debu yang mencumbu di alis pintu.

Ada origami swan tergantung di balkoni, kaktus kecil di jendela, sebuah bar reggae dengan kerjap neon-neon merah, hijau, biru, jingga, jingga, jingga, ................. sephia?

Seorang biduan melagukan puisi, puisi yang sedih. Menanti malam tiba, botol-botol bir, wiski, vodka, dan entah apa lagi, meraikannya.

di luar, di remang lampion, di perempatan yang pucat, di mana kunang-kunang bersenggama; malam adalah hitam. malam adalah kutukan sang bulan kepada para kekasih.meski masih terdengar , sayup-sayup dalam gema kota, lelaki tua itu meniupkan harmonikanya. dalam pesona blues yang memikat. seperti irama waktu. 

seperti jarum jam yang merangkak perlahan. bising. tapi kita seperti tak mendengar apa-apa.

Bulan semi. di antara reruntuhan angin selatan, gonggong anjing samar-samar bersahutan. melepasi bilah-bilah pijar kalimantang yang merobek sisi gelap rumah-rumah sederhana (yang seakan menyimpan rahsia). 

kota adalah nyali para masokis yang dijerut oleh hitam tar yang memadat. menguap sesak bersama aroma alkohol yang merembes di tingkap. menjelma embun.
menjelma embun agar malam tetap dingin.

Ketika cahaya hampir absen, biarkan para pengamen yang berkeliaran mendendangkan tembangnya yang penghabisan. 

kepada bulan. kepada bintang. kepada nyamuk-nyamuk yang berpesta pora di cakrawala.
kepada pengap knalpot yang meremang di udara. kepada anjing-anjing malam yang insomnia. 
kepada pajangan mural-mural di konkrit- semen bangunan.
kepada saké hangat yang mengalir sepi di tenggorokan. 
kepada hidup. 
kepada mati. 
kepada puisi... 
kepada Januari yang berahi...         -dipetik dari zine distorsi

Saturday 2 July 2011

"anarki di kuala lumpur" review


now we dont need to be a rockstar! "anarki di kuala lumpur" have all starving people who seek for a rebelicios life out there. from sex to drug, from rock n' roll. a unique love and life story yet simply to understand with moral-less word by mohd jayzuan.a singer, a rockstar, a song writer once famous with his song called "gadis electrik". a band founder called freelove and a writer of "28 hari jurnal rock n'roll" and "nota-nota gila".
syd jamal is a hero yet a villain, a punk rocker that live life choutically.a junkies who view life diffrently. the rats frontman who archive what every musician die for! a selfish character who think that all surround him are plastic.a garbage man that found love but still searching for something missing.
how did he survive? what is he trying to proof? what is the missing pieces? and what makes him,him?
this all question will make u even miserable!
the truth anarchy warrior that seek for satifaction... and that satifaction drowning him... silently....


clip lagu "kampungku"