“Sesiapa saja yang marah dengan kerajaan dijemput melepaskan
kemarahan mereka secara aman dan demokratik, seperti yang diamalkan di
seluruh dunia” -Pengarah KL112 Mohamad Sabu
Perhimpunan ini bertujuan
mendesak kerajaan memenuhi tuntutan rakyat yang diabaikan seperti pilihanraya yang bersih, bebas dan adil, menghentikan pemusnahan dan pencemaran alam sekitar seperti projek LYNAS, Bukit Koman, Teluk Rubiah, Pengerang, membebaskan
tahanan ISA, menyediakan pendidikan percuma, menyelamatkan Felda dan
menuntut agar royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Tanah Secupak merupakan sebuah okumentari tentang sejarah dan survival sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Dikelilingi taman-taman perumahan dan pembangunan, Kampung Kepayang merupakan satu-satunya kampung Melayu Tradisional yang masih menjadi pilihan sebahagian warga sebagai tempat berlindung.
Selain suasana hijau desa yang masih wujud, Kampung Kepayang mempunyai keunikan tersendiri, menarik dan sewajarnya diangkat dan didedahkan sebagai satu warisan dan kebanggaan untuk generasi kini dan akan datang. kampung yang menjangkau usia lebih 100 tahun ini mempunyai lagenda dan latar sejarah yang menarik. Secara langsung menjadikan ia satu kelebihan berbanding kampung-kampung lain yang terdapat disekitar Ipoh dan negeri Perak amnya.
Dokumentari ini merungkai susur galur sejarah Kinta sebermula abad ke 15 lagi, Perang Perak pada 1875 melibatkan Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Dato' Maharaja Lela dan JWW Birch.Turut diselitkan adalah lagenda popular mulut ke mulut mengenai Gunung Mat Sirat dengan mitos Sang Kelembai dan istana raja yang menjadi batu.
Disamping mengetengahkan sisi sejarah dan lagenda, dokumentari ini turut berkongsi pandangan dan buah fikiran penduduk kampung serta tokoh akademik berkenaan cabaran dan masa hadapan kampung berkisar kepada permasalahan tanah dan pembangunan. Tanah secupak yang diterbitkan ini adalah salah satu usaha kecil Continuallybebas untuk memelihara dan mengangkat warisan kita yang semakin hari semakin tenggelam dalam bingit sesak kota.
Nantikan kemunculannya kepada publik Disember ini!
"Kampong..." adalah dokumentari pertama continuallybebas yang dihidangkan buat anda TANPA PREJUDIS atau berpihak kepada mana-mana parti politik atau lain-lain pertubuhan maupun badan NGO. Kemunculan tokoh-tokoh tertentu dalam dokumentari ini adalah secara spontan di program-program tertentu sekitar Gugusan Manjoi.
Semestinya, dokumentari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat dan pihak berkuasa akan keperluan untuk mengambilkira kepentingan penduduk dan peniaga-peniaga kecil sederhana untuk duduk dan berbincang sebelum sesuatu projek itu diteruskan.
Pembinaan pasaraya Mydin di tengah Gugusan Manjoi merupakan sebuah manifestasi dari kerakusan kapitalisme yang perlu dibincangkan semula. Projek ini pernah ditangguhkan seketika atas bantahan masyarakat setempat; anehnya, ia kemudian tetap diteruskan dan seperti biasa, masyarakat kampung seolah menjadi budaya "suara kecil mereka diketepikan."
Papan tanda projek
Masyarakat Gugusan Manjoi lebih memerlukan sebuah Klinik Kesihatan yang lebiih luas dan selesa, sebuah Pejabat Pos, Stesyen Bas dan Balai Bomba dari sebuah gedung membeli belah yang sama sekali mengancam periuk nasi peniaga-peniaga runcit dan makanan disekitarnya. Lagipun, lebih kurang 5km dari Gugusan Manjoi, sebuah Mydin yang lebih besar sedang juga dibina di Bandar Meru Raya.
"Kampong..." menyajikan suara-suara kecil, sebuah tinjauan umum pendapat, cadangan sebahagian peniaga dan penduduk kampung. Untuk pengetahuan kita; Gugusan Manjoi terletak dalam Parlimen Tambun yang diwakili oleh Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II Malaysia..
Sokonglah usaha kecil kami dengan kontribusi RM5 atau lebih untuk dokumentari ini.
Kami sangat perlukan kontribusi anda.
Kontribusi RM5 termasuk belanja pos. (RM3 + RM2 belanja pos)
Bank in ke akaun Maybank: 158220682272
Cara kontribusi: 1) Bank in melalui kaunter atau transfer RM5 atau lebih ke akaun seperti diatas
2) SMS maklumat transfer dan alamat anda ke hp 012-5099403
*kami merupakan sebuah komuniti bebas untung. Kontribusi anda untuk dokumentari ini merupakan sumbangan anda bagi aktiviti-aktiviti kami buat masa akan datang. Kami tidak 'menjual' dokumentari ini.