Foto oleh : Ezham Mohd Noh
Monday, 31 October 2011
Sunday, 30 October 2011
The Happening
Di kota besar seperti kuala lumpur, kita biasa saja lihat platform-platform yang merayakan seni terutamanya bagi penggiat-penggiat mazhab alternative. Setiap minggu, akan ada sahaja event yang berlangsung menonjolkan kepelbagaian yang ada.
The Happening! Yang telah dilancarkan pada hari sabtu 29 Oktober 2011 merupakan salah satu platform bagi pencinta dan penggiat seni yang diusahakan oleh Projek Rabak. Ia merupakan usaha gigih projek rabak dalam menghidupkan scene seni di sekitar Ipoh yang telah lama suram.
Event ini adalah hasil yang boleh dibanggakan Projek Rabak. Ia beralamat di Ipoh Hainan Chicken Rice (satu jalan dengan pawagam lama RUBY)107, Jalan Raja Musa Aziz, 30300 Ipoh.
Majlis pelancaran The Happening ini telah dijayakan dengan persembahan dari Mohd Jayzuan, Space Gambus Eksperiment, The Hollows, dan Pyan dari Shizuka. Selain itu, majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan puisi, akustik, monolog, dan juga seni persembahan dari anak-anak muda Projek Rabak sendiri.

Walaupun ianya hanya persembahan dari anak-anak muda yang sebahagiannya baru menceburkan diri dalam kancah ini, ianya merupakan usaha yang sangat baik dan sihat. Keyakinan yang mereka tonjolkan bakal menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda yang lain untuk lebih berani bereksperimental dan ekspressif.
Kita tidak nafikan beberapa persembahan yang sangat baik dimajlis pelancaran ini; tidak mengecewakan dan patut diketengahkan. Dalam pada masa yang sama ada diantara persembahan membuatkan kita menggaru kepala. Menggaru kepala bukan kerana kegatalan, atau kelemumur, tetapi terkesan dari persembahan yang kosong, ‘lagi-lagi jiwang, hambar, bosan dan dibuat-buat. Secara kasarnya : syok sendiri.
Congrat untuk Projek Rabak!
Wednesday, 19 October 2011
Projek Kepayang : Kampung Kepayang Fair Park Ipoh
Oleh: Faizal Zainol
Dikelilingi taman-taman perumahan dan pembangunan. Kampung Kepayang, Fair Park, merupakan satu-satunya Kampung Melayu Tradisional yang terletak di tengah Bandar Ipoh, Perak. Kampung Kepayang ini memiliki sejarah yang tersendiri, menarik dan sewajarnya didedahkan sebagai satu warisan dan kebanggaan untuk generasi yang akan datang.

Status tanah rizab Melayu dan tanah persendirian serta terletak di kawasan strategik iaitu ditengah-tengah Bandar Raya Ipoh, usianya yang menjangkau lebih 100 tahun, punya lagenda dan sejarah yang menarik, secara langsung menjadikan kampung ini mempunyai kelebihan berbanding dengan kampung-kampung lain yang terdapat di sekitar Ipoh dan Negeri Perak amnya.
Sekitar kawasan Kampung Kepayang dalam lingkungan garisan merah |
Selain tanahnya dihakis secara strategik, sejarah menarik asal usul Kampung Kepayang ini juga tidak dipelihara dan diceritakan sebaiknya sehingga sehingga menyebabkan anak-anak muda generasi kini tidak lagi mengetahui asal-usul tempat mereka membesar. Continuallybebas melihat bahawa keistimewaan dan sejarah kampung kepayang harus di pelihara semula demi keberlangsungan survival kampung dan masyarakat setempat.
Projek dokumentari kampung Kepayang yang sedang diusahakan ini adalah usaha kecil Continuallybebas untuk merungkai semula sedikit sebanyak isu yang timbul selama ini samada melibatkan isu penghakisan tanah untuk pembangunan maupun dari sudut sejarah yang sangat menarik.
Nantikan kemunculannya.
Thursday, 13 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)