Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Monday, 12 December 2011

Tanah Secupak: Harapan untuk Kampung Kepayang

Oleh: Hafiz Zainuddin

Tanah Secupak dalam Festival Dokumentari Finas ke 3

Tanggal 25 November lalu Continuallybebas telah meghantar penyertaan dokumentari yang dihasilkan berjudul Tanah Secupak: Disebalik Kampung Kepayang. Penyertaan Continuallybebas dalam Festival Dokumentari Finas ini merupakan julung-julung kalinya yang tidak lain tidak bukan untuk mengetengahkan sejarah, isu dan permasalahan berkaitan Kampung Kepayang sebagai salah sebuah kampung tertua di Ipoh setaraf kewujudan Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Festival ini telah disertai lebih 100 penyertaan dari individu dan pelbagai syarikat penerbitan dan perfileman berpengalaman.

Kemuncak kepada festival ini adalah Malam Anugerah Festival Dokumentari Finas yang berlangsung pada 11 Disember 2011 baru-baru ini bertempat di Studio Sound Stage Finas dengan kerjasama Crossing Borders International Forum Pitching Forum dan The 1st Finas Documentary Campus Conference.

Komuniti Continuallybebas merupakan satu-satunya komuniti yang mengambil bahagian.Walaupun tidak memenangi apa-apa kategori-malah Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang merupakan dokumentari bajet dengan peralatan dan krew yang sangat minima dan bersifat indipenden.

Walaubagaimanapun, dokumentari ini secara langsung telah mengetengahkan idealisma dan kepedulian Continuallybebas terhadap permasalahan Kampung Kepayang dan segala isu yang berkaitan agar didengari dan diambil perhatian sewajarnya.

Antara krew yang terlibat menjayakan dokumentari ini ialah Kyl Mohammad sebagai Sinematografer dan Penyunting, Faizal Zainol sebagai Pengarah, Ezham Mohd. Noh sebagai Jurufoto dan saya sebagai penulis skrip. 

Kepedulian komuniti dan liputan media

Dalam tempoh pembikinan dokumentari ini; Continuallybebas mengmbil langkah proaktif dengan mempromosi usaha ini melalui blog dan group facebook: Kampung Kepayang yang boleh dilayari sebermula 15 Oktober 2011. Hasilnya, samada secara kebetulan maupun tidak, pada 25 November 2011, isu berkenaan Kampung Kepayang telah diterbitkan dalam akbar The Star ruangan StarMetro liputan wartawan Roshidi Abu Samah dengan tajuk 'More can be done here : Traditional village hidden in the heart of the city seeks progress'.

Liputan berita oleh wartawan The Star; MetroPerak tersebut antara lain mengetengahkan isu kekurangan pembangunan di Kampung Kepayang melalui tembual mereka bersama Ketua Kampung Kepayang yang baru iaitu Encik Mukhtar Mahmud yang telah membuat perbandingan pembangunan antara Gugusan Manjoi dan Kampung Kepayang.

Continuallybebas menghormati apa sahaja pandangan dan pendapat yang diketengahkan. Yang pastinya, Kampung Kepayang dan Gugusan Manjoi merupakan dua buah residensi yang jauh berbeza kerana Kampung Kepayang merupakan sebuah kampung tradisonal Melayu dengan 300 buah rumah melibatkan lebih kurang 1000 penduduk manakala Gugusan Manjoi pula merupaka sebuah perkampungan Melayu moden dengan 6409 buah rumah dengan lebih 31000 penduduk dan dijangka terus meningkat untuk tahun-tahun mendatang.

Persoalan utamanya ialah bagaimanakah pembangunan kampung yang diharapkan?

Menurut Mukhtar Mahmud ketika ditemubual, beliau berkata bahawa “Sekiranya kerajaan negeri merancang untuk membangunkan kawasan tersebut. Kali ini penduduk kampung perlulah menurut kehendak kerajaan. Kita cuma berharap agar pembangunan tersebut tidak akan memberi kesan terhadap identiti tradisional kampung.” Continuallybebas merasakan bahawa ia sesuatu yang mustahil kerana pembangunan mana yang tidak memberikan kesan?

Secara kasar, kita harus setuju dengan pembangunan infrastruktur melibatkan kemudahan saliran, pembinaan Klinik Desa dan Balai Polis tetapi untuk pembangunan yang akan menorbankan puluhan ekar malah memaksa penduduk kampung menjual tanah mereka, itu merupakan satu penganiayaan dan pengkhianatan terhadap penduduk kampung yang sebahagian besarnya membesar dan mewarisi tanah dan rumah pusaka nenek moyang mereka sejak berdekad lamanya.

Continuallybebas sangat bersetuju dengan pendapat Mantan Pengarah Pertanian Perak Encik Arifin Abdul Latif dalam temubual krew Tanah Secupak di rumah beliau pada November lalu agar program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan melibatkan program pembangunan intelek dan melibatkan penyertaan kolektif penduduk seperti membangunkan IKS, menggalakkan pertanian dan penternakan, menggalakkan perusahaan homestay, memajukan industri pelancongan Kampung Kepayang dengan daya tarik Gua Matsirat dan banyak lagi. Ia samasekali jauh dengan pembangunan 'fizikal' yang secara langsung mencancam imej 'Kampung Tradisonal Melayu tertua di Ipoh'.

Berbalik kepada dokumentari Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang, dokumentari yang mengambil masa 32 minit 32 saat ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kepedulian masyarakat sekitar Ipoh, Perak malah kerajaan negeri sendiri agar Kampung Kepayang terus kekal dengan imej Kampung Melayu Tradisonal tertua di bandarraya Ipoh. Continuallybebas berharap semoga Kampung Kepayang akan terus dipertahankan sebagai warisan kita bersama.-end

Wednesday, 19 October 2011

Projek Kepayang : Kampung Kepayang Fair Park Ipoh

Oleh: Faizal Zainol

Dikelilingi taman-taman perumahan dan pembangunan. Kampung Kepayang, Fair Park, merupakan satu-satunya Kampung Melayu Tradisional yang terletak di tengah Bandar Ipoh, Perak. Kampung Kepayang ini memiliki sejarah yang tersendiri, menarik dan sewajarnya didedahkan sebagai satu warisan dan kebanggaan untuk generasi yang akan datang.

Status tanah rizab Melayu dan tanah persendirian serta terletak di kawasan  strategik iaitu ditengah-tengah Bandar Raya Ipoh, usianya yang menjangkau lebih 100 tahun, punya lagenda dan sejarah yang menarik, secara langsung menjadikan kampung ini mempunyai kelebihan berbanding dengan kampung-kampung lain yang terdapat di sekitar Ipoh dan Negeri Perak amnya.

Sekitar kawasan Kampung Kepayang dalam 
lingkungan garisan merah
Walau bagaimanapun kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam Kampung Kepayang tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana telah dimanipulasikan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang akhirnya mengakibatkan tanah Kampung Kepayang semakin hari semakin terhakis. Ramai kalangan generasi baru yang telah berhijrah keluar manakala ada sebahagian yang lain telahpun menjual tanah mereka kepada pihak berkempetingan.

Selain tanahnya dihakis secara strategik, sejarah menarik asal usul Kampung Kepayang ini juga tidak dipelihara dan diceritakan sebaiknya sehingga sehingga menyebabkan anak-anak muda generasi kini tidak lagi mengetahui asal-usul tempat mereka membesar. Continuallybebas melihat bahawa keistimewaan dan sejarah kampung kepayang harus di pelihara semula demi keberlangsungan survival kampung dan masyarakat setempat.

Projek dokumentari kampung Kepayang yang sedang diusahakan ini adalah usaha kecil Continuallybebas  untuk merungkai semula sedikit sebanyak isu yang timbul selama ini samada melibatkan isu penghakisan tanah untuk pembangunan maupun dari sudut sejarah yang sangat menarik.

Nantikan kemunculannya.

Monday, 19 September 2011

speaknoevol@ipoh




Open your heart, free your mind. The ideas are spreading peace & love between human & world (after).
Buka hati, bebaskan fikiran. Idea (kami) ini adalah untuk menyebarkan cinta dan keamanan antara manusia dan akhirat.


The methods are various materials. The term can include traditional graffiti artwork, stencil graffiti, sticker art, wheatpasting and street, poster art, video projection, art intervention, guerrilla art, flash mobbing and street installations.
Pelbagai kaedah digunakan iaitu graffiti tradisional, grafiti stencil, pelekat, menampal, poster, tayangan video, intervansi seni, seni gerila, flash mob dan street installation.

P/s - Please participate by snap the stickers/flyers given and send back to our email: speaknoevol@gmail.com 

Thanks!


P/s- Sertai kami dengan mengambil gambar pelekat/stiker/poster dan emelkan kepada speaknoevol@gmail.com
Terimakasih


http://speaknoevol.blogspot.com/

Monday, 5 September 2011

Aktiviti komuniti "Projek Rabak"


Projek Rabak adalah untuk masyarakat.
Projek Rabak is for the society.

Sebuah kumpulan kolektif seni menghimpunkan kalangan pemuzik, penulis, pemuisi, jurufoto, pembikin filem, pelukis, kencing (pissing), aduan (complaining) dan ramai lagi yang terlibat dalam seni.

A collective; group of musicians, writers, poets, designers, photographers, film-makers, painters and many other artists. Interested in literature, film, music, poetry, writing, pissing, complaining and anything that connected with arts.

Hari Sabtu setiap minggu akan diadakan 'Ruang Rabak'-sebuah persembahan jalanan percuma untuk publik yang bertempat di Uptown Ipoh (Ladies Uptown Ipoh) sebelah Majlis Bandaraya Ipoh. Siapa sahaja, secara individu maupun kumpulan yang berminat sangat dialukan menyertai Projek Rabak dan  melakukan 'huru-hara seni' di sini.

There’s a weekly street performance every Saturday at this place we called ‘Ruang Rabak’, situated at Uptown Ipoh. We welcome ...poets, singer-songwriters, buskers, bands, performance artists (monologue, theater etc.) painters or anyone who wants to express their art to join in and start an ‘art riot’ at that space.
Pada masa yang sama, kami menganjurkan marathon tayangan filem di pusat aktiviti kami bertempat di Menora (Bercham, Ipoh).

Once in a while, we organize film-screening and movie marathon at our cozy-humble place called Menora.
Kami sangat gembira untuk menerima penulisan (cerpen, novel, puisi dll), foto, video, lukisan, muzik, filem atau apa saja jenis kerja seni.

We are more than happy to accept writings (short story, novel, poem etc.), photography, video, painting, music, film or any form of art. If you want to share your art with us, just drop us an e-mail at: projekrabak@gmail.com.
Hubungi Komuniti Rabak disini

Thursday, 21 July 2011

Wajarkah penguatkuasa perbandaran berpakaian preman?

Oleh : Kyl Mohammad

Ketika berada di Yik Fong, salah sebuah pusat membeli belah di Ipoh, saya dikejutkan dengan tindakan beberapa orang lelaki yang 'tunjuk kuasa' kepada salah seorang orang awam yang lalu lalang disitu. Saya kemudian menghampiri mereka dan bertanyakan apa yang telah berlaku. 

Terkejut dengan jawapan mereka yang mengaku sebagai penguatkuasa DBI, saya mengambil tindakan menemubual mereka sehingga saya juga disaman atas sebab membuang puntung rokok. Tindakan penguatkuasa perbandaran berpakaian preman ketika bertugas amat tidak wajar kerana dilihat sebagai pemangsa. Perkara ini perlu dipandang serius apatah lagi melibatkan orang awam seperti kita.

Sunday, 12 June 2011

Dokumentari pendek "Kampong" selesai!

Sinopsis
"Kampong…”  merupakan sebuah dokumentari bajet 13 minit melibatkan tinjauan umum penduduk, penjaja, peniaga kecil sederhana sekitar Gugusan Manjoi berlatar isu pembangunan tidak seimbang merujuk kepada pembinaan gedung beli belah Mydin yang sedang dalam pembinaan disini.

Nantikan kemunculannya!