Versi penuh dokumentari KAMPONG di uploadkan untuk dikongsikan bersama.
Showing posts with label continually bebas. Show all posts
Showing posts with label continually bebas. Show all posts
Thursday, 13 October 2011
Tuesday, 13 September 2011
Info: Komuniti Frinjan & Pekan Frinjan
Apa itu Frinjan
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
010 512 6836 : Zulhabri
017 699 7684 : Naha
atau emel ke frinjan@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: frinjan
Thursday, 1 September 2011
Ruang 1
Hafiz Zainuddin
Ruang adalah berkenaan 'kesedaran' dan masa. Masalah utama yang berlaku samada terjadi kepada masyarakat setempat, komuniti-komuniti kecil maupun individu bebas adalah persoalan ruang. "Tiada ruang secukupnya"-termasuk dalam pertubuhan-pertubuhan politik maupun NGO.
Ruang; dalam ertikata lain adalah renggang peluang untuk berpartisipasi dengan lebih terbuka, aktif dan berkesan dalam membawa mesej maupun perubahan terhadap struktur organisasi dan masyarakat. Setidak-tidaknya berjaya menerobos sempadan diri untuk melakukan perkara-perkara luar kebiasaan. Terbang sebagai contoh.
Kita harus melihat persoalan ruang ini sebagai persoalan utama sebab tanpa ruang; kita maupun organisasi- telah dengan sengaja atau tidak sengaja menterhadkan (melimitasi) kemampuan untuk lebih aggresif dan tanpa ruang, samada kita sebagai individu bebas maupun organisasi: akan tempang. Sedang dan telah tempang.
Masyarakat harus memberi ruang kepada individu-individu bebas maupun organisasi untuk mengetengahkan ide-ide baharu. Orang-orang tua memberi ruang kepada kalangan muda dan begitulah seterusnya. Cara yang terbaik-ruang itu perlu bukan sahaja 'diberi' tetapi harus dikecapi dengan jalan yang lebih aggresif dan berani. Kerana orang-orang tua dan masyarakat yang kesedaran mereka telah mati atau tumpul-terlalu lalai dengan drama-drama lingkung pemikiran Rashid Sibir, Razak Mohideen, Yusof Haslam dan seumpamanya.
'Ruang' adalah peluang. Dari situ-kita bisa saja mencipta cetusan-cetusan baru yang hidup dan mampu membentuk satu daya-tata sosial yang lebih bermakna dari menghadiri mesyuarat maupun program Rukun Tetangga di komuniti kita; dan lihatlah bagaimana nanti; masyarakat maupun individu bebas akan sedar kepentingan terhadap ruang dalam hidup mereka serta menghargainya.

Friday, 27 May 2011
duka panjang
esok
lusa
sampai bilapun..
bila-bila pun takkan pernah..
seorang manusia itu
mau melihat akhir hidupnya..
mati dalam luka..duka yang panjang..
lusa
sampai bilapun..
bila-bila pun takkan pernah..
seorang manusia itu
mau melihat akhir hidupnya..
mati dalam luka..duka yang panjang..
Sunday, 15 May 2011
buang kertas *video
Kenaikan harga gula menggambarkan keperihatinan kerajaan untuk membantu rakyat terbanyak. Apatah lagi bagi rakyat berpendapatan sederhana dan rendah; mereka menyambut kenaikan harga gula ini dengan penuh kesyukuran.
Protes ini telah dijalankan dengan aman dan mendapat sokongan moral audien yang berada disekitar. Walaubagaimanapun, ada sebahagian kecil audien kelihatan kurang gembira dengan aksi kami.
Lokasi persembahan adalah di 3 tempat sekitar Ipoh iaitu di Masjid Negeri selepas Solat Jumaat, Car Park Wisma Umno Perak dan Padang Polo.
Subscribe to:
Posts (Atom)