Monday 13 June 2011

"Kampong..." sebuah harapan...



"Kampong..." perlukan sokongan anda!

Cover depan

Cover belakang
"Kampong..." adalah dokumentari pertama continuallybebas yang dihidangkan buat anda TANPA PREJUDIS atau berpihak kepada mana-mana parti politik atau lain-lain pertubuhan maupun badan NGO. Kemunculan tokoh-tokoh tertentu dalam dokumentari ini adalah secara spontan di program-program tertentu sekitar Gugusan Manjoi.

Semestinya, dokumentari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat dan pihak berkuasa akan keperluan untuk mengambilkira kepentingan penduduk dan peniaga-peniaga kecil sederhana untuk duduk dan berbincang sebelum sesuatu projek itu diteruskan.

Pembinaan pasaraya Mydin di tengah Gugusan Manjoi merupakan sebuah manifestasi dari kerakusan kapitalisme yang perlu dibincangkan semula. Projek ini pernah ditangguhkan seketika atas bantahan masyarakat setempat; anehnya, ia kemudian tetap diteruskan dan seperti biasa, masyarakat kampung seolah menjadi budaya "suara kecil mereka diketepikan."

Papan tanda projek
Masyarakat Gugusan Manjoi lebih memerlukan sebuah Klinik Kesihatan yang lebiih luas dan selesa, sebuah Pejabat Pos, Stesyen Bas dan Balai Bomba dari sebuah gedung membeli belah yang sama sekali mengancam periuk nasi peniaga-peniaga runcit dan makanan disekitarnya. Lagipun, lebih kurang 5km dari Gugusan Manjoi, sebuah Mydin yang lebih besar sedang juga dibina di Bandar Meru Raya.

"Kampong..." menyajikan suara-suara kecil, sebuah tinjauan umum pendapat, cadangan sebahagian peniaga dan penduduk kampung. Untuk pengetahuan kita; Gugusan Manjoi terletak dalam Parlimen Tambun yang diwakili oleh Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II Malaysia..

------------------------------------------------------------------------------------------
Sokonglah usaha kecil kami dengan kontribusi RM5 atau lebih untuk dokumentari ini.
Kami sangat perlukan kontribusi anda.
Kontribusi RM5 termasuk belanja pos. (RM3 + RM2 belanja pos)

Bank in ke akaun Maybank: 158220682272

Cara kontribusi: 1) Bank in melalui kaunter atau transfer RM5 atau lebih ke akaun seperti diatas
                         2) SMS  maklumat transfer dan alamat anda ke hp 012-5099403

*kami merupakan sebuah komuniti bebas untung. Kontribusi anda untuk dokumentari ini merupakan sumbangan anda bagi aktiviti-aktiviti kami buat masa akan datang. Kami tidak 'menjual' dokumentari ini.




No comments:

Post a Comment