Tuesday 9 October 2012

Penghargaan dari Persatuan Keturunan Panglima Kinta Pasak Kepayang

Kepada: Komuniti Continuallybebas

SEKALUNG TAHNIAH & PENGHARGAAN

Persatuan Keturunan Panglima Kinta Pasak Kepayang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada komuniti Continuallybebas di atas kejayaan menerbitkan Dokumentari Tanah Secupak – Disebalik Kampung Kepayang dan menyertai Festival Dokumentari Malaysia ke 3 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Penerbitan dokumentari ini telah memberi impak yang sangat besar terhadap persepsi masyarakat umum tentang Kampung Kepayang sebagai sebuah Kampung Bersejarah.

Dokumentari ini telah berjaya memberi idea kepada pemimpin setempat bagi menjana dan merancang masa depan yang ideal untuk Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah. Ia juga telah memberi peluang kepada penduduk-penduduk Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah menyuarakan pandangan untuk dikongsikan dengan masyarakat umum dalam usaha mengekalkan, mempertahankan dan mengkomersialkan nilai-nilai warisan sejarah yang ada dalam Kampung Kepayang – Kampung Sejarah.

Kami berharap kepedulian dan keprihatinan Komuniti Continuallybebas terhadap Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah tidak akan terhenti dan berhenti setakat ini. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan Komuniti Continuallybebas dan sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama di masa hadapan terutamanya dalam usaha memberi publisiti yang dapat membantu menaikkan imej Kampung Kepayang sebagai Kampung Bersejarah agar ia dapat dikekalkan dan dipertahankan untuk generasi masa hadapan.

Selain merupakan kampung melayu tradisional yang tertua di Daerah Kinta, Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah dahulunya pernah menjadi Pusat Pentadbiran dan Pemerintahan Kerajaan bagi Daerah Kinta sehingga tahun 1874 (sebelum kedatangan British) dibawah pimpinan Panglima Kinta. Di sini juga terdapatnya pusara Panglima Kinta ke 7, Toh Ngah Jabar atau Toh Gemuk yang pernah dihukum penjara di Singapura oleh British kerana terlibat dalam pembunuhan JWW Birch ketika Perang Perak 1875.

Dikesempatan ini juga kami merakamkan jutaan penghargaan di atas usaha Komuniti Continuallybebas dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat setempat yang melibatkan Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah. Usaha ini telah, sedang dan akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna untuk Kampung Kepayang – Kampung Bersejarah. Sekali lagi, Persatuan Panglima Kinta Pasak Kepayang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan.

Yang benar,

Suhaimi Mohd Nazir
Setiausaha,
Persatuan Keturunan Panglima Kinta Pasak Kepayang,
Kampung Kepayang, Fair Park,
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

4 comments:

  1. bagaimana nk hubungi en suhaimi...nk tanya mengenai cucu panglima kinta y ke 7..yeop zakaria kanda jahit..sabil 0134600011 alor setar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan maklumat tersebut melalui buku Kepayang - Kampung Bersejarah. Jika berminat untuk membuat pembelian buku Kepayang Kampung Bersejarah secara online. Tempahan boleh dibuat melalui link-link dibawah :

      1. BilèkBuku 👇🏻
      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02hZvr1Mu5ToXQhrrP1wmGtmDJJ6oCFy2bsD9v7B3dYxQCdFyYs9t8gkmXpzYdCzDKl&id=100000499183970&sfnsn=wa&mibextid=RUbZ1f

      2. Arecabooks👇🏻 https://arecabooks.com/product/kapayang-kampung-bersejarah/

      3. Taman Pustaka 👇🏻
      https://shopee.com.my/Kepayang-Kampung-Bersejarah-Petempatan-


      Boleh juga membuat pembelian secara langsung melalui :

      1. BilèkBuku, Super Kinta-UTC, Ipoh.

      2. BilèkBuku, Gerbang Malam, Ipoh.

      3. Toko Buku Azbakia, Bazar Mara, Batu Gajah.

      Delete
  2. Dear Salsabil.

    I found him here
    https://www.geni.com/people/Yeop-Zakaria-Zakariah/6000000013163249337

    ReplyDelete
  3. untuk makluman Salsabil, encik suhaimi md nazir telah kembali kerahmatullah dan dikebumikan di Kampung kepayang, fair park, ipoh

    ReplyDelete