Sunday 30 October 2011

The Happening

Oleh: Ezham Mohd Noh 

Di Malaysia terdapat banyak kumpulan, aktivis, mahupun artis yang tidak pernah lelah merayakan seni. Merayakan seni tidak semestinya bermodalkan wang. Seni boleh saja dirayakan dengan hanya berbekalkan idea yang mana ia mestilah lahir dari jiwa dan rokok.

Di kota besar seperti kuala lumpur, kita biasa saja lihat platform-platform yang merayakan seni terutamanya bagi penggiat-penggiat mazhab alternative. Setiap minggu, akan ada sahaja event yang berlangsung menonjolkan kepelbagaian yang ada.

Kini di Ipoh telah muncul platform baru untuk kita. Sepertimana Rantai, Akar, Frinjan, Mimpi dan sebagainya yang berpusat di Kuala Lumpur.

The Happening! Yang telah dilancarkan pada hari sabtu 29 Oktober 2011 merupakan salah satu platform bagi pencinta dan penggiat seni yang diusahakan oleh Projek Rabak. Ia merupakan usaha gigih projek rabak dalam menghidupkan scene seni di sekitar Ipoh yang telah lama suram.

Event ini adalah hasil yang boleh dibanggakan Projek Rabak. Ia beralamat di Ipoh Hainan Chicken Rice (satu jalan dengan pawagam lama RUBY)107, Jalan Raja Musa Aziz, 30300 Ipoh.

Majlis pelancaran The Happening ini telah dijayakan dengan persembahan dari Mohd Jayzuan, Space Gambus Eksperiment, The Hollows, dan Pyan dari Shizuka. Selain itu, majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan puisi, akustik, monolog, dan juga seni persembahan dari anak-anak muda Projek Rabak sendiri.

Walaupun ianya hanya persembahan dari anak-anak muda yang sebahagiannya baru menceburkan diri dalam kancah ini, ianya merupakan usaha yang sangat baik dan sihat. Keyakinan yang mereka tonjolkan bakal menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda yang lain untuk lebih berani bereksperimental dan ekspressif.

Kita tidak nafikan beberapa persembahan yang sangat baik dimajlis pelancaran ini;  tidak mengecewakan dan patut diketengahkan. Dalam pada masa yang sama ada diantara persembahan membuatkan kita menggaru kepala. Menggaru kepala bukan kerana kegatalan, atau kelemumur, tetapi terkesan dari persembahan yang kosong, ‘lagi-lagi jiwang, hambar, bosan dan dibuat-buat. Secara kasarnya : syok sendiri.

Kewujudan The Happening ini adalah suatu usaha yang boleh dibanggakan. Kita percaya, The Happening bakal menjadi platform bagi semua anak-anak muda Ipoh untuk berekspressif, membangun jiwa dan memupuk kesedaran yang lebih bermakna.

Congrat untuk Projek Rabak!


No comments:

Post a Comment