Wednesday 19 October 2011

Projek Kepayang : Kampung Kepayang Fair Park Ipoh

Oleh: Faizal Zainol

Dikelilingi taman-taman perumahan dan pembangunan. Kampung Kepayang, Fair Park, merupakan satu-satunya Kampung Melayu Tradisional yang terletak di tengah Bandar Ipoh, Perak. Kampung Kepayang ini memiliki sejarah yang tersendiri, menarik dan sewajarnya didedahkan sebagai satu warisan dan kebanggaan untuk generasi yang akan datang.

Status tanah rizab Melayu dan tanah persendirian serta terletak di kawasan  strategik iaitu ditengah-tengah Bandar Raya Ipoh, usianya yang menjangkau lebih 100 tahun, punya lagenda dan sejarah yang menarik, secara langsung menjadikan kampung ini mempunyai kelebihan berbanding dengan kampung-kampung lain yang terdapat di sekitar Ipoh dan Negeri Perak amnya.

Sekitar kawasan Kampung Kepayang dalam 
lingkungan garisan merah
Walau bagaimanapun kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam Kampung Kepayang tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana telah dimanipulasikan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang akhirnya mengakibatkan tanah Kampung Kepayang semakin hari semakin terhakis. Ramai kalangan generasi baru yang telah berhijrah keluar manakala ada sebahagian yang lain telahpun menjual tanah mereka kepada pihak berkempetingan.

Selain tanahnya dihakis secara strategik, sejarah menarik asal usul Kampung Kepayang ini juga tidak dipelihara dan diceritakan sebaiknya sehingga sehingga menyebabkan anak-anak muda generasi kini tidak lagi mengetahui asal-usul tempat mereka membesar. Continuallybebas melihat bahawa keistimewaan dan sejarah kampung kepayang harus di pelihara semula demi keberlangsungan survival kampung dan masyarakat setempat.

Projek dokumentari kampung Kepayang yang sedang diusahakan ini adalah usaha kecil Continuallybebas  untuk merungkai semula sedikit sebanyak isu yang timbul selama ini samada melibatkan isu penghakisan tanah untuk pembangunan maupun dari sudut sejarah yang sangat menarik.

Nantikan kemunculannya.

No comments:

Post a Comment