Tuesday 13 September 2011

Info: Komuniti Frinjan & Pekan Frinjan

Apa itu Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

010 512 6836 : Zulhabri
017 699 7684 : Naha

atau emel ke frinjan@gmail.com

Twitter: frinjan

No comments:

Post a Comment