Thursday 22 September 2011

Komuniti Frinjan: Interaksi Balik Pulau


Komuniti Frinjan mempersembahkan

Pasar Seni Balik Pulau sempena 'Interaksi Balik Pulau 2011'

Dataran Kompleks Pasar MPPP di Pekan Balik Pulau akan diisi selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti kesenian dari muzik, pembacaan puisi, tayangan filem dan bermacam-macam lagi. Tidak lupa gerai-gerai jualan seni dan kraf dari seluruh Pulau Pinang dan pilihan terbaik dari Balik Pulau

Persembahan daripada:
Marble Band
The Shades
The Waduh-waduh
Soundaholit
Sick
Auta Artistik dan banyak lagi!

Untuk pemastautin di Lembah Klang, kita akan menyediakan sebuah bas untuk meronggeng ke Balik Pulau. Bas bertolak dari Kompleks Belia di Shah Alam setelah selesai Pekan Frinjan 23 dan pulang pada Ahad, 2hb Oktober jam 5 petang. Pertanyaan tentang 'Ronggeng ke Balik Pulau', sila emel frinjan@gmail.com dan Attn. kepada Farhan. Penginapan homestay disediakan. Semua tanpa bayaran.


1hb Oktober

10 pagi - Pidato Pembangunan oleh Anwar Ibrahim dan Kenduri Rakyat
10 pagi - Little Penang Strret Market @ Balik Pulau (sepanjang hari)
10 pagi - Pasar Balik Pulau Terbaik! (sepanjang hari)
10 pagi - Pameran Foto Balik Pulau oleh MyBalik Pulau (sepanjang hari)
2 petang - Persembahan muzik, pembacaaan puisi dan seni jalanan (sehingga tengah malam)
8 malam -Malam Anugerah Balik Pulau Terbaik!, Persembahan istimewa Datuk A Samad Said
9 malam - Wayang Pacak

2hb Oktober

9 pagi -5 petang - Interaksi Pembangunan Balik Pulau

Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau

9.30 pagi - 5 petang - Bengkel Hak Asasi & Tata kelola
10 pagi -5 petang - Little Penang Strret Market @ Balik Pulau
10 pagi - 5 petang - Pasar Balik Pulau Terbaik!
10 pagi - 5 petang - Pameran Foto Balik Pulau oleh MyBalik Pulau
2 petang-6 petang - Persembahan muzik, pembacaaan puisi dan seni jalanan

turut berlangsung Pameran Motorsikal, Permainan Tradisi dan macam-macam lagi

Pasar Seni Balik Pulau dianjurkan oleh Komuniti Frinjan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau

Seluruh JKKK di Balik Pulau, My Balik Pulau dan Little Penang Street Market

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang atas sokongan yang diberikan

Pertanyaan 010 512 6836

Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment