Thursday 24 November 2011

Tanah Secupak: Dokumentari komuniti


Tanah Secupak merupakan sebuah okumentari tentang sejarah dan survival sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Dikelilingi taman-taman perumahan dan pembangunan, Kampung Kepayang merupakan satu-satunya kampung Melayu Tradisional yang masih menjadi pilihan sebahagian warga sebagai tempat berlindung.

Selain suasana hijau desa yang masih wujud, Kampung Kepayang mempunyai keunikan tersendiri, menarik dan sewajarnya diangkat dan didedahkan sebagai satu warisan dan kebanggaan untuk generasi kini dan akan datang. kampung yang menjangkau usia lebih 100 tahun ini mempunyai lagenda dan latar sejarah yang menarik. Secara langsung menjadikan ia satu kelebihan berbanding kampung-kampung lain yang terdapat disekitar Ipoh dan negeri Perak amnya.

Dokumentari ini merungkai susur galur sejarah Kinta sebermula abad ke 15 lagi, Perang Perak pada 1875 melibatkan Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Dato' Maharaja Lela dan JWW Birch.Turut diselitkan adalah lagenda popular mulut ke mulut mengenai Gunung Mat Sirat dengan mitos Sang Kelembai dan istana raja yang menjadi batu.

Disamping mengetengahkan sisi sejarah dan lagenda, dokumentari ini turut berkongsi pandangan dan buah fikiran penduduk kampung serta tokoh akademik berkenaan cabaran dan masa hadapan kampung berkisar kepada permasalahan tanah dan pembangunan. Tanah secupak yang diterbitkan ini adalah salah satu usaha kecil Continuallybebas untuk memelihara dan mengangkat warisan kita yang semakin hari semakin tenggelam  dalam bingit sesak kota.

Nantikan kemunculannya kepada publik Disember ini!

1 comment:

  1. tahniah dan syabas ~ anak2 muda perlu diberi semangat memberi pandangan bernas dan bebas ke arah mencetus perdebatan sihat dlm melakar pembangunan kampung tercinta...semoga tidak akan tinggal nama semata2! hehehe,,, at last siap ye, saya lom sempat tengok lagi ni

    ReplyDelete